Jujurnya, saya hanya ketahui beberapa sahaja istilah yang menggunakan perkataan 'bahasa' dihadapan kata. Sebagai contoh: BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, BAHASA ARAB dan sebagainya. Kini, baru ku tahu terdapat banyak lagi istilah lain yang berpangkal bahasa melalui pembelajaran Sosiolinguistik. Antaranya:
BIL.
|
ISTILAH
|
MAKSUD
|
1.
|
Bahasa herdik
|
Ragam bahasa yang
digunakan untuk memaki hamun atau untuk menengking seseorang terutamanya
orang yang tidak disukai.
|
2.
|
Bahasa melampau
|
Mengatakan
sesuatu perkara itu secara berlebih-lebihan melebihi apa yang sepatutnya
hingga kadang-kadang tidak diterima akal.
|
3.
|
Bahasa merendah
|
Mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang.
|
4.
|
Bahasa berulang
|
Bahasa yang dituturkan atau diucap berulang-ulang untuk menguatkan
maksud atau tujuannya.
|
5.
|
Bahasa vernakular
|
Penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh seseorang dalam
masyarakat.
|
No comments:
Post a Comment