Bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa
Psikolinguistik
Cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan.
Neurolinguistik
Bidang kajian yang mengkaji hubungan antara otak manusia dengan bahasa.
Antropolinguistik
Salah satu cabang linguistik yang menelaah hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
Dialek
Satu bentuk bahasa
yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza
daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah.
Dialektologi
Kajian tentang
dialek.
Idiolek
Variasi bahasa
seseorang individu.
Asimilasi
Proses perubahan bunyi yang menyebabkannya mirip
atau sama dengan bunyi lain yang ada.
Etnografi
Kajian tentang kehidupan dan kebudayaan suatu
masyarakat atau etnik.
Etnologi
Cabang antropologi
yang mengkaji rumpun (suku, kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek
kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang lain.
Bilingualisme
Pemakaian dua bahasa
atau lebih oleh penutur bahasa atau oleh suatu masyarakat bahasa.
Imperialisme
Dasar atau tindakan
sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara
lain.
Multilingualisme
Gejala pada seseorang
atau suatu masyarakat yang ditandai oleh kemampuan dan kebiasaan memakai lebih
dari satu bahasa.
Dwiglosia
Penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua
kelainan bahasa yang satu tinggi, rasmi da formal sedangkan yang satu lagi
rendah, tidak rasmi dan basahan.
Lingua Franca
Bahasa Perantara merupakan bahasa
perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara
orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya
bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak.
No comments:
Post a Comment