Sunday, 27 May 2012

RUMUS ALTERASI


Rumus ini ialah seseorang akan memilih salah satu daripada pasangan seperti antara kanak-kanak atau orang dewasa, diketahui namanya atau tidak, bergelar atau tidak, tua atau muda di dalam suasana status yang menonjol atau tidak berpangkat atau tidak dan lain-lain.

Situasi:
Pengacara: Bagi merasmikan Pertandingan Syair Peringkat Negeri Kedah di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah Darul Aman dipersilakan YYang Amat Berhormat
Dato’ Seri Haji Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah untuk memberikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majils pada hari ini. Majils mempersilakan.

 Oleh itu, berdasarkan rumus Rumus Alternasi menunjukkan penggunaan bentuk sapaan yang betul juga penting dalam kesantunan bahasa. Sehubungan dengan itu, bentuk sapaan mesti berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa agar menghormati status atau pangkat  yang dimiliki.

(sumber: Kisah Bahasa)

Saturday, 5 May 2012

Perancangan Bahasa Melayu kini di Malaysia

Hari Jumaat 4 Mei 2012
Minggu 10 Hari Kelima



Perancangan bahasa di Malaysia, sebagaimana yang telah saya sentuh lebih awal, secara rasmi telah bermula satu tahun sebelum kemerdekaan apabila Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) merumuskan usul-usul ke arah pembentukan dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, dengan bahasa Melayu sebagai salah satu tonggaknya, iaitu sebagai bahasa penghantar utama. Usul Jawatankuasa Razak berserta usul penegasan Jawatankuasa Rahman Talib (1960) telah dijadikan asas Akta Pelajaran 1961 yang selama puluhan tahun menjadi asas pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara ini; malah Akta Pendidikan 1996 yang menggantikan Akta Pelajaran 1961 pun mengekalkan semangat yang diusulkan oleh Penyata Razak. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Bahasa pada tahun itu juga merupakan usaha perancangan bahasa yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi bagi pembinaan negara.

Sehingga kini, sudah lebih setengah abad Malaysia membangun dengan berasaskan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi utamanya, terutama dalam bidang pentadbiran dan pendidikan, dan secara beransur-ansur dalam bidang undang-undang dan kehakiman serta swasta. Dalam Wawasan 2020 (wawasan pembangunan negara Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya pada tahun 2020) ada diungkapkan gagasan pembinaan negara maju dengan berteraskan acuan sendiri. Maka peranan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi pembangunan haruslah merupakan salah satu unsur penting dalam pemenuhan gagasan itu. Pembangunan yang berteraskan acuan sendiri bererti menjadikan budaya setempat sebagai unsur atau ciri utama pengisian kegiatannya, dan dalam konteks budaya, bahasa adalah tunjangnya.


Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (Bahagian III)

Hari Khamis  3 Mei 20120
Hari Keempat Minggu 10





Setelah mantap penetapan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, maka upaya ditumpukan pula pada aspek perancangan sistem atau korpus bahasa. Dalam perancangan korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua strategi pula, iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa.

Pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa Melayu daripada sudut sistem atau korpus bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa untuk memungkinkan bahasa itu dapat memainkan peranan sebagai wahana komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara. Pengembangan bahasa pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang dibina korpusnya itu kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam, sektor pendidikan, sektor swasta dan sektor antarabangsa.

Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (Bahagian II)

Hari Rabu  2 Mei 2012
Minggu 10 Hari Ketiga



Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan pada Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu dua daripada beberapa dasar penting dalam proses pembinaan negara, iaitu proses yang diperlukan oleh negara yang baru mencapai kemerdekaan untuk membentuk acuan dan sifat kenegaraannya. Kedua-dua dasar kenegaraan itu, bersama-sama dengan satu dasar lain, iaitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan mewakili aspek dalaman atau aspek kerohanian rakyat Malaysia, iaitu aspek yang menayangkan pandangan sarwa, sistem nilai, pemikiran dan adab bangsa. Dasar-dasar itu, bersama-sama dengan dasar lain dalam bidang yang mewakili aspek jasmaniah atau fizikal, iaitu Dasar Ekonomi Baru (kemudian Dasar Pembangunan Nasional) menjadi tonggak proses pembinaan negara yang telah disebut sebelum ini.

Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan undang-undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan, sementara Akta Pendidikan (mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996) berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Badan yang diberi amanah secara khusus merancang bahasa Melayu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan berdasarkan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (mulanya Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan kemudian Akta Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Pindaan dan Peluasan 1995).

Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (Bahagian I)


HARI SELASA   1 MEI 2012
MINGGU 10 HARI KEDUA


Istilah perancangan bahasa berkaitan dengan usaha merancang sesuatu bahasa daripada segi taraf dan sistem bahasa itu. Perancangan bahasa mula menjadi bahagian dalam disiplin linguistik, khususnya sosiolinguistik (ilmu bahasa yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat) pada awal tahun 1970-an walaupun proses perancangan bahasa telah berlangsung lama sebelum itu.

Dalam konteks Malaysia, perancangan bahasa daripada segi taraf melibatkan upaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Perancangan bahasa daripada segi sistemnya pula melibatkan pembakuan ejaan, sebutan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa. Penetapan bahasa Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia didasarkan pada penerimaan kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam Melayu sejak zaman Sriwijaya dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di pelbagai pusat tamadun Melayu di rantau Asia Tenggara.

Pengenalan KORPUS


 Hari Isnin 30 April 2012
 Minggu 10 Hari Pertama 

Korpus dalam linguistik,ialah himpunan data-data mentah yang bakal digunakan untuk kajian lingustik. Contohnya adalah seperti himpunan manuskrip dan teks bertulis yang lain.


Pembinaan Korpus Penyusunan Kamus
Dalam penyusunan kamus, kata-kata yang dimasukkan ke dalam kamus seharusnya kata-kata yang pernah ataupun yang sedang digunakan oleh masyarakat. Penyusun kamus sebenarnya tidak mencipta kata untuk dimasukkan ke dalam kamus. Untuk itu, penyusun kamus akan membina korpus kamus daripada sumber-sumber seperti di bawah:
§  Sumber Tulisan
§  Buku-buku
§  Majalah
§  Tesis
§  Akhbar
§  Memo
§  Akta
§  Borang
§  Surat
§  Risalah
§  Laporan Rasmi
§  (lain-lain lagi)
§  Sumber Lisan
§  Radio
§  Televisyen
§  (lain-lain lagi)
Daripada sumber-sumber ini, para penyusun kamus akan mendapatkan kata-kata masukan untuk kamus.

Thursday, 3 May 2012

Bergegar OTAK

Hari Jumaat (27 April 2012)
Minggu 9 Hari Kelima

Petang semalam aku pulang ke rumah. Disebabkan hambatan tugasan kerja yang terlampau banyak menyebabkan aku berasa amat-amat tertekan. *Alasan semata-mata*. Apabila sudah sampai di rumah, maka panjanglah jalannya. Mak ajak pergi jalanlah, ayah bawa pergi makanlah, adik bawa pergi membeli-belahlah dan sebagainya. *Alasan sekali lagi*. Seronok bersembang dengan keluarga dalam keadaan diri yang separa sedar. Perkara kecil pun boleh dijadikan lawak/jenaka. Ini situasinya...

Situasi : Ingin pergi ke restoran bersama-sama keluarga. Aku sedang duduk dengan keadaan meletakkan kepala di tepi tingkap kereta. Abah pula baru masuk kereta dan menutup pintu dengan sedikit kuat. Terus mulutku mengatakan begini...

Auw... bergegar otak...

Satu keluarga gelakkan ucapan spontan aku tadi. Terus aku tanya "Lhar, salah ke?." Adikku jawab "Oit, bergegar kepala baru betul."

Kihkihkih.. ngeeeeeeeeeeeee   =D