Wednesday, 28 March 2012

Ibu...

KHAMIS (22 MAC 2012)
MINGGU 5 HARI KEEMPAT

Tahun 2009 lepas, aku telah pergi melakukan umrah di Tanah suci. Terlalu banyak pengalaman yang aku timba daripada masyarakat di sana apatah lagi bahasanya. Sedikit keistimewaan bagiku kerana aku bersekolah di sekolah agama. Ada juga sedikit sebanyak perkataan Arab yang aku tahu.
Peristiwa yang mengejutkan aku di sana adalah..orang-orang di sana boleh berbahasa Melayu…Ya ! bahasa Melayu….. bahasa Melayu INDONESIA. Mungkin ini disebabkan ramai warga Indonesia yang bekerja di sana dan menyebabkan orang Arab sendiri tahu berbahasa Melayu.
Ketika berada di Madinah, kami perlu beratur untuk memasuki raudhah.

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.
Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

Kebiasaannya, kawasan raudhah penuh sesak. Oleh itu, aka ada petugas wanita Arab yang akan mengawal keadaan di sana. Antara perkataan yang aku ingat sehingga ke hari ini ialah
Ibu…sabar ibu…….
Perkataan itu disebut dalam telo Arab. Mula-mula rasa janggal, apabila dah seringkali diungkapkan.. terasa kagum dan bangga juga kerana mereka tahu berbahasa Melayu. 

No comments:

Post a Comment