ISNIN (5 MAC 2012)
Minggu 3 (Hari pertama)
Situasi : Di dalam kelas KPD semasa proses pengajaran mikro berlaku.
Cikgu : Baiklah murid-murid, siapa di sini yang pernah pergi ke Kuala Gula, Perak, sila angkat tangan.
Murid : Saya, cikgu !
Cikgu : Ya, Sofuan. Penoh ke awok gi ke Kole Gule tu?.
Murid : Pernah cikgu. (sambil tersenyum)
Cikgu : Ape yang awok nengok kat Kole Gule tu?.
Murid : Banyak burung-burung cikgu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Perkara yang saya perhatikan di sini adalah guru tersebut berusaha untuk bersembang dengan muridnya dengan menggunakan longhat negeri Perak. Akan tetapi, muridnya pula menjawab dengan bahasa Melayu baku. Persoalan saya :
1. Adakah guru tersebut perlu bertanya soalan dengan bahasa Melayu baku?
2. Adakah murid tersebut perlu menjawab dalam loghat Peraknya agar tidak Nampak canggung antara guru dan murid?.
NAK TAHU TAK !
Pendapat aku, cikgu itu yang perlu berbahasa Melayu baku. Sebabnya… Sebabnya… Sebabnya. …Tidak semua orang tahu loghat negeri-negeri lain. Bagi yang mengetahui, mungkin berasa seronok dan lucu mendengarnya. Namun, bagi yang tidak mengetahui, maka terpinga-pingalah mereka. Kan ?.
SELASA (6 MAC 2012)
Minggu 3 (Hari kedua)
Situasi : Di dalam bilik mesyuarat.
Pengerusi : Pada hari ini aku nak korang semua bentangkan tugasan yang dah korang buat.
Nina : Untuk makluman semua, kitorang dah buat kertas kerja dan kitorang semua dah
hantar ke pejabat. Tapi diorang tak luluskan sebab ada masalah sikit. So, kitorang
jumpa balik dengan orang tu. Orang tu suruh kitorang hantar balik kertas kerja ni
besok. So, papehal kitorang bagitau besok.
Pengerusi : kiranya korang-korang semua ni dah baiki la kertas kerja tu?.
Nina : Ya..
Persoalannya, berapa banyakkah orang dalam perbincangan tersebut?.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....
NAK TAHU TAK !
Orang = manusia, bagi pihak diri sendiri,
Orang-orang = boneka, patung
Korang = singkatan bagi ‘kau orang’
Diorang = singkatan bagi ‘dia orang’
Kitorang = singkatan bagi ‘kita orang’
RABU (7 MAC 2012)
Minggu 3 (Hari ketiga)
NAK TAHU TAU !
Ini bentuk sapaan dalam keluarga aku terutamanya keluarga aku berasal dari negeri Perak.
Long singkatan dari sulung (anak sulung) : pak long, bang long, mak long
Ngah singkatan dari tengah (anak yang kedua) : mak ngah, kak ngah, bang ngah
Lang singkatan dari alang (anak yang ketiga) : pak lang, mak lang
Njang singkatan dari anjang anak yang keempat) : pak njang, kak njang
Teh singkatan dari putih (anak yang keenam) : mak teh, kak teh
Itam / Tam singkatan dari hitam (anak yang ketujuh) : pak tam, mak tam
Cik singkatan dari kecil (anak sebelum anak yang terakhir) : kak cik, abang cik
Su / Busu singkatan dari bongsu (anak yang terakhir) : pak su, mak su
KHAMIS (8 MAC 2012)
Minggu 3 (Hari keempat)
NAK TAHU TAK!
Ada seekor binatang yang diberi gelaran ‘beliau’. Apakah sebabnya?. Sebab memenangi banyak pertandingan kerbau-kerbau kah? Memenangi kerusi pilihan rayakah?. Telah melakarkan sejarah terhadap negarakah?. Jawapannya adalah kerana…
__________________________________________________________________________________
JUMAAT (9 MAC 2012)
Minggu 3 (Hari kelima)
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).
"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).
"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)
NAK TAHU TAK !
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.
SubhanaAllah Allahuakhbar! cantikkan aturan Allah.. ^_^
SubhanaAllah Allahuakhbar! cantikkan aturan Allah.. ^_^
No comments:
Post a Comment