HARI ISNIN (19 MAC 2012)
MINGGU 5 HARI PERTAMA
Hari ini merupakan kali kedua aku membuat pengajaran mikro. Segala perancangan telah dilakukan dan bahan yang hendak di ajar pun telah tersedia. Maka masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku memulakan pengajaran mikro dengan yakin dan masih boleh mengawal sebutan agar aku menggunakan bahasa Melayu baku yang betul. NAMUN.... satu perkara yang berlegar-legar dalam ingatanku ketika proses ini berlangsung adalah mencari perkataan Melayu bagi perkataan Inggeris 'PASS'. Situasinya begini..
Aku(cikgu) : Sementara menunggu kawan-kawan kamu 'pass' kertas warna,
cikgu mahu kamu semua duduk dengan selasa dan jangan
bersembang.
Pensyarah dan murid-murid(kawan-kawan) : Pass ?? ..........
NAK TAHU TAK ! Sehingga kini, aku masih tidak menjumpai perkataan Melayu yang bersesuaian untuk menggantikan perkataan 'PASS' tersebut.. huh ! (^^,")
No comments:
Post a Comment