RABU (21 MAC 2012)
MINGGU 5 HARI KETIGA
Tentu seronok jika dapat naik lif jika anda perlu menapak hingga ke aras tiga atau empat. TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII, itulah yang aku alami sekarang. Perlu menapak dengan sepenuh kudrat yang ada untuk ke tingkat empat. Perlu menapak ! huh (^.^ “”) Fuh, berpeluh. Ini kira beruntung juga sebab bangunan tersebut hanya empat tingkat sahaja. Jikalau lif asrama aku rosak, tak ke azab aku perlu menapak sehingga ke tingkat LAPAN. Wah, boleh terbakar semua lemak-lemak yang ada dalam badan ni.
Hari tu, aku naik lif kat sebuah bangunan ini. Bangunan ini baru dibina. Jadi, lifnya tentulah baru, besar dan ala-ala lif hotel. Sebab…sebab ada suara latar yang akan sebut setiap aras yang anda naik. Ada juga kawan-kawan yang kata macam lif hospital sebab besar dan sedikit menakutkan jika berseorangan dalam lif tersebut. Entahlah.. andaian masing-masing. Persoalannya di sini ialah.. ada suara latar tersebut mengatakan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“ NAIK KE ATAS ”
.
.
.
.
.
..
.
.
“ TURUN KE BAWAH ”
Sehingga ada seorang pak cik yang menegur kepada aku “Ada ke turun ke atas dik?”.. “Naik ke bawah ke?”
NAK TAHU TAK ! Aku jawab kat pak cik tu “Ehm, mungkin ada naik ke kanan atau turun ke kiri kot pak cik.”
Boleh terima tak jawapan aku?.
No comments:
Post a Comment