SELASA (20 MAC 2012)
MINGGU 5 HARI KEDUA
Kalau dengar istilah “Line Clear” pastinya ramai antara kita yang teringat kepada Saiful Apek yang kerap menggunakan istilah itu.
Mungkinkah ianya berasal daripada bahasa slanga mat2 rempit yang menggunakan perkataan “Line Clear” untuk sesuatu perkara. Contohnya, "Bro, line clear malam nie. Polis malam nie de operasi lain dorang kne settle." Line clear di atas bermaksud selamat.
Namun, itu bukanlah bermulanya istilah “Line Clear”. Istilah ini mula digunakan oleh penggerai “Nasi Kandar Line Clear” yang telah bermula sejak tahun 1930 sebagai tagline mereka.Nama nasi kandar line clear ini berpunca dari perkataan 'line clear' yang sering disebut oleh tuan penggerai yang berniaga di lorong berkenaan.Ketika dahulu lorong tersebut sering digunakan oleh lori yang membawa najis dan apabila lori tersebut tiba, tuan punya nasi kandar akan segera mengandar nasinya dan mengalihkan meja untuk memberi laluan pada lori tersebut.Apabila lori tersebut berlalu dia akan berkata " wokeyyy...line clear " pada pelanggannya sambil meletakkan semula meja dan nasinya.Apabila perkataan tersebut seringkali disebut dan diulang, lama-kelamaan pelanggannya turut terikut dan menggelarkan nasi kandarnya dengan nama nasi kandar line clear dan nama tersebut. Betul atau tidak Wallahuallam.. hanya pemiliknya sahaja yang lebih tahu cerita sebenar.
Aku rasa, simbol yang sesuai untuk menyatakan “Line Clear” dengan gambar ini
No comments:
Post a Comment