Monday, 30 April 2012

Tak menjawab persoalan ??....

Hari Khamis (26 April 20120)
Minggu 9 Hari Keempat


Aku rajin baca blog orang lain. Tapi aku sendiri tak reti nak buat blog..apatah lagi menaip entri-entri yang menarik. Salah satu blog yang aku suka baca adalah blog Mak Jemah. Kenal tak siapa Mak Jemah?. hahahaha.. Mak Jemah yang aku maksudkan ialah Johan Raja Lawak. Johan ini apabila ditanya persoalan, pasti dijawabnya dengan jawapan yang tidak berkaitan. Contohnya:


Ada impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi?: Ada tapi memandangkan pandai sangat, lupakan terus impian tu

Impian/cita-cita yang sudah terlaksana: Kahwin

Impian yang belum terlaksana, bila nak laksanakan?: Tambah anak, dlm proses…ingat nak buat satu team bola

Adakah anda sangat teruja menjadi seorang penyampai radio?: Saya biasa je cuma Haniff dengan Ray yg teruja dapat join saya

Apa yang menarik sangat tentang seorang penyampai radio?: Saya boleh chiloq menchiloq bila Ray dan Haniff bercakap…hahaha makan hatiii la korang!

KRU atau 4U2C? (beritahu kenapa): 4U2C sebab Mak Jemah suka gelang

Hujan atau Bunkface? (beritahu kenapa): Dua-dia tak suka sebab Abg Mus adh ada band sendiri….lagi sedap okokokokokehhh

Britney Spears atau Rihanna? (beritahu kenapa): Dua-dia tak suka sbb dua-dia giler nak rebutkan I….rimasssssss

Apakah warna sarung bantal kegemaran anda?: Putih, tapi lama-lama jadi kelam lagi I sukeeeeeeeeee, siap ada bau

Sekiranya anda adalah ‘sekeping biskut’, biskut perasa apakah pilihan anda?: Biskut kering sbb I boleh berbakti pada mereka yang tak mampu…ko hadeeee?

Di manakah tempat paling best kalau nak makan malam di rumah?: Atas siling rumah! Rasa romantik sangat!

Pernah berjalan dalam tidur?: Tak pernah dan dan berminat pun!

Pernahkah anda dibuli sewaktu kecil?: Tak pernah, tapi membuli selalu… woohoooooo

Selebriti Malaysia yang manakah paling bijak berfesyen?: Johan Raja Lawak, Mas Joko suka tengok style dia yang kadang-kadang tak kena tempat tu!

Berikan satu tajuk lagu yang menjadi kegemaran anda dari dulu sehingga ke hari ini: Lagu sekolah 

Bayangkan anda pulang ke rumah, buka peti sejuk, apakah benda pertama yang anda akan cari: Air la tak kan nak cari baju lak! Soalan apa yg ko bagi ni Senah? Ni yg buat Mak Jemah nak marah nih!

Anda ada berapa pasang kasut di rumah?: 
1 je sebab tiap-tiap hari buang dan beli kasut baru. 

Sekiranya anda terjumpa seekor orang utan, di manakah akan anda sembunyikan haiwan comel tersebut?:Simpan kat tumah ko bolen?

Apakah filem yang paling best pernah anda tonton pada tahun 2000? – Mak Jemah layan filem Johan Raja Lawak je. Suka tengok budak tu, sweet sangat! Taste uollssssss!

Sekiranya anda sebatang pokok, jenis pokok apakah anda akan jadi?: I dah pernah jadi pokok masa teater Siti di Alam Fantasi...kalau boleh nak jadi pokok tu sebab pokok tu boleh bercakap

Sudahkah anda berteman/berkahwin?: Dah le! Abeh tu bini dan anak-anak aku tu nak campak mana? Mesti ko tak baca paper kan?

Bercuti di pulau atau bermain salji?: Nak bawa family main salji je sebab pulau dah puas dan dah cukup hitam

Pernahkah anda bercakap dengan haiwan perliharaan anda?: Pernah.. sugarglider

Tahukah anda bagaimana cara untuk masak nasi goreng Pattaya? Berikan cara paling senang…ko nak pening-pening kepala watpe…beli je kan ke senang

Primadona Melayu paling anda kagumi: Saloma

Hero filem Melayu yang paling gagah pernah anda minati: Malek Noor (filem Sahabat)

Perkara yang pasti membuatkan anda tersenyum sendirian?: Main dengan anak-anak

Namakan satu tabiat buruk kawan baik anda yang nak sangat anda betulkan: Ray dan Haniff (berebut nak bercakap) 

Perkara paling sweet tentang kawan baik anda: 
Cover line cemerlang

Lagu paling suka anda dengar di ERA fm: Aiii aiiii aiiiisheteruuuu!

kredit kepada blog ERA 


NAK TAHU TAK !

Ada pendapat mengatakan apabila seseorang bertanya kepada kita, kita menjawab dengan soalan akan dianggap sebagai seorang yang kreatif. =)

Hari Rabu (25 April 2012)
Minggu 9 Hari Ketiga



Suka filem atau drama Korea?.

Minat dengan bahasanya? Aku suka sebab bahasanya. Pertama kali tonton, terdengar asing. Tetapi sejak tonton drama Runningman terus jadi peminat setia drama Korea. 



An-nyeong-ha-seo-yo?    >>>>>   HELLO. 
Ko-map-sum-ni-da.          >>>>>   THANK YOU. 
Bang-gap-sum-ni-da.       >>>>>   NICE TO MEET YOU.
 Mi-an-ham-ni-da.           >>>>>    I AM SORRY. 


Pasti anda tahu ini filem-filem ini kan?.


WINTER SONATA (2002)
.
.
.
.
.
FULL HOUSE (2004)
.
.
.
.
.
STAIRWAY TO HEAVEN (2003)
.
.
.
.
.

dan sebagainya .............


NAK TAHU TAK !

PANGILAN NAMA 

O-ma - Ibu 
A-pa - Bapa 
Oppa - Abang (panggilan jika dipanggil oleh adik perempuan) 
Onni - Kakak (panggilan jika dipanggil oleh adik perempuan) 
Nuna - Kakak (panggilan jika dipanggil oleh adik lelaki) 
Hyong - Abang (panggilan jika dipanggil oleh adik lelaki) 

*Perempuan adakalanya memanggil teman lelaki mereka "oppa". 

Ajumma - panggilan makcik (utk yg sudah berumahtangga) 
*jgn panggil ajumma kat perempuan muda....boleh buat mereka marah..

Aggasi - panggilan utk wanita muda yg belum berkahwin 
Ajussi - panggilan utk lelaki (tak kira yg sudah berkahwin atau belum)


Isyarat tangan

Hari Selasa (24 April 2012)
Minggu 9 Hari Kedua


Cuba teka. Ini tanda apa?. 

Ini adalah tanda isyarat 'ASSALAMUALAIKUM'. Rakan sebilik aku mengambil kursus Pendidikan Khas, jadi sedikit sebanyak aku belajar tanda isyarat ini daripada dia. Menarik belajar bahasa isyarat ini. 


Ini pula jawab salam 'WA'ALAIKUMSALAM'. 

Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang-orang berkeperluan khas pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai. Kod tangan ialah kod-kod serta isyarat-isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh orang ramai. Ejaan jari (fingerspelling) adalah bahagian mustahak dalam komunikasi orang-orang berkeperluan khas pendengaran yang digunakan untuk mengeja nama khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.


NAK TAHU TAK ! 


Ini kod isyarat tangan untuk anda pelajari. Selamat mencuba !

ROJAK

Hari Isnin (23 April 2012)
Minggu 9 Hari Pertama

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod(mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan Pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa MelayuBahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.




.

.

.

.

.

.

.

.








NAK TAHU TAK !

Aku suka baca majalah Ujang. TAPI, majalah Ujang tersenarai dalam bahan bacaan yang menggunakan bahasa ROJAK. huhuhu 

Sunday, 29 April 2012

SMS

Hari Jumaat (20 April 2012)
Minggu 8 Hari Kelima 


Dua minggu yang lepas, aku dilantik untuk menjadi AJK dalam suatu program di kolej kediaman. Jawatan tersebut bukan calang-calang. Aku dilantik sebagai Ketua Slot untuk 3 aktiviti. Oleh itu, banyak perkara yang perlu diselesaikan iaitu dari segi jemputan VIP, senarai hadiah, penyediaan tempat, promosi, penyertaan dan sebagainya. Alhamdulillah, semua perkara tersebut dapat dibuat dengan sebaiknya namun, hanya satu kelemahan yang ada pada diriku ini iaitu....


TIDAK BERANI UNTUK BERCAKAP DENGAN VIP SECARA TERUS...

Aku lebih senang untuk menggunakan SMS untuk berhubung..tidak kira sama ada dengan VIP mahupun dengan rakan sekerja yang lain. Untuk berhubung dengan VIP/ jemputan pula, aku lebih gemar menggunakan tulisan penuh/ bahasa Melayu baku. Ini menyebabkan panjang SMS itu hampir 3 paparan mesej. Contoh:

Assalam En. *************. Saya Atiqah, ketua slot Pertandingan Nasyid untuk Program FESKI 20120 pada 25 April 2012 jam 9 pagi di Gelanggang KHAR. Oleh itu, saya menjemput En. **************** untuk menjadi juri pada hari tersebut. Saya memerlukan maklum balas En. ************* untuk kelancaran program ini. Harap maklum. 


Kadangkala, berurusan sebegini agak rumit bagi sesetengah orang. Namun, bagi aku yang tidak punya keberanian ini, inilah jalan yang terbaik bagiku. 





Tuesday, 24 April 2012

Awak dan saya

Hari Khamis (19 April 20120)
Minggu 8 Hari Keempat

Biasa tak gunakan perkataan awak dan saya?. Aku sendiri menggunakan kata ganti diri aku, orang dan kau. Tapi, aku ada pengalaman berjumpa dengan orang yang menggunakan kata ganti nama tersebut. Orang yang maksudkan ialah kawan adikku Siti Aishah Safiee. Tapi, penggunaan kata 'awak' dan 'saya' ini dia gunakan sesama kawan perempuan sahaja. Dengan mana-mana lelaki, dia akan gunakan kata 'kau' dan 'aku'. Bagi aku, penggunaan ganti nama 'awak' dan 'saya' ada kesopanannya di situ. Jika seseorang itu marah dengan menggunakan perkataan 'awak' dan 'saya' pasti janggal bunyi dan gayanya. Tidak nampak akan kemarahannya.  

Penggunaan kata 'awak' dan 'aku' penggunaannya seperti kurang sopan tetapi mengikut keadaan dan situasi ketika itu dan dengan orang yang dibualkan. Jika berbual dengan orang yang lebih tua, penggunaannya amatlah tidak bersesuaian. Untuk penggunaan sesama rakan sebaya dan orang terdekat, masih boleh lagi digunakan.

NAK TAHU TAK !

      

Saturday, 21 April 2012

Anda ahli akademik?

Rabu 18 April 2012
Minggu 8 hari ketiga


Aku sangat seronok belajar dengan seorang pensyarah ini. Ini kerana beliau seringkali menceritakan pengalaman hidupnya dan memberikan motivasi kepada kami. Beliau yang saya maksudkan ialah Profesor Madya Dr. Habib bin Mat Som. Bagiku, beliau seorang yang ternama kerana sering mendapat undangan memerikan motivasi, ceramah atau merasmikan sesuatu majlis rasmi. Namun begitu, di tempat aku belajar, beliau tidak mendapat tugas sedemikian. Ini mungkin kerana beliau masih baru di sini dan beliau juga amatlah merendah diri. 

Perkara yang sering mengingatkan aku tentang beliau adalah mengenai cerita pengalaman beliau yang satu ini. 

Pada suatu hari, saya nak tempah blazer supaya senang saya nak pegi kuliah atau majlis-majlis rasmi. Waktu di kedai, saya bercakap dengan tukang kedai.

Pekedai : Assalamualaikum tuan, nak tempah baju apa?.
Saya: Wa'alaikumsalam encik. Ya, saya nak tempah baju blazer. Warna 
           hitam..begitubeginibegitubegini............................. Ehm, encik. Bila boleh siap?.
Pekedai : Paling awal seminggu. Tapi kalau lewat, saya cuba siapkan sebelum seminggu.
Saya : Tak apalah macam itu encik. Minggu depan saya datang lagi. 
Pekedai : Maaf tuan, saya nak tanya sedikit. Tuan ni ahli akademik ke?.
Saya : Eh encik, macam mana encik tahu?.
Pekedai : Biasanya, orang-orang yang biasa tempah baju dengan saya mereka jenis kasar sedikit. 
                maksud saya, mereka kalau tempah baju nak suruh saya siapkan awal, cakap dengan 
                laju dan mereka panggil saya pun 'Pak cik' sahaja. Itulah saya boleh teka sebab ahli 
                akademik macam tuan lebih berbahasa sedikit dari yang lain. 
Saya : Owh, begitu. Tak ada apalah tuan, saya memang sebegini. Ehm, terima kasihlah tuan.
     
..................................................................................................................................................................

Begitulah ceritanya. Ini bukan bermaksud aku mahu membanggakan orang akademik. Bagi aku, mungkin cara pengajaran dan didikan yang menyebabkan kami (ahli akademik) bersifat sedemikian. Kami diajar untuk lebih bersopan-santun bukan sahaja dari segi perlakuan malah percakapan juga kerana ini akan mempengaruhi para pelajar atau anak didik yang akan kami asuh pada masa akan datang.

NAK TAHU TAK !
Aku berbangga menjadi ahli akademik =)



Tuesday, 17 April 2012

bahasa anak muda =D

Selase 17 April 2012
Minggu 8 Hari Kedua


Seringkali pabila aku duduk bersama kawan-kawan sekolah lamaku, banyak perkara yang dibualkan. Daripada hal belajar sehinggalah ke masalah dunia. Huh!. Sangat indah saat itu. Perkara yang menarik adalah penggunaan bahasa mereka. Kebanyakan kawan-kawan aku hidup dalam kawasan bandar dan percakapannya terkini (up to date). Aku juga seperti mereka. Sering menggunakan bahasa-bahasa itu. Tapi, disebabkan aku belajar di institusi pendidikan, maka aku harus mengurangkan penggunaan perkataan tersebut. Tapi, itulah rencah dan gaya percakapan kami. 


"Kira semalam kau blah awal sebab kena pergi kuliah la?"
"Better aku sembang dengan kau daripada dengar pensyarah aku tu merepek ntahapapantah."
"Okey. Chow
"Sedap gila!"
"Benjo la kau!"



Sunday, 15 April 2012

1...2...3...

Isnin 16 April 2012
Minggu 8 Hari Pertama


Semalam aku sempat singgah ke rumah mak cik (Alang) di Behrang Station sebelum pulang ke UPSI. Memang jadi kelaziman bagi aku dan keluarga untuk singgah rumah Alang jika pulang atau pergi ke UPSI. Tidak jemu kami ke sana kerana anak-anak Alang yang banyak keletah dan menghiburkan. Anak Alang ada dua orang, Muhammad Amin, 6 tahun, dan Siti Nurfatihah, 3 tahun. 


Sebelum pergi ke rumah Alang, aku ada membeli permainan untuk mereka. Untuk Amin, aku belikan 3D 
jigsaw puzzle 





dan untuk Fatihah jigsaw puzzle number






Punyalah gembira dan semangatnya mereka bermain. Kadang-kadang berebut juga, abang nak mainan adik dan adik pula nak mainan si abang. 


Selepas berjaya selesaikan puzzle, aku menyuruh si adik (Fatihah) untuk membaca nombor-nombor tersebut.

Aku : Adik, meh baca nombor-nombor ni.
Fatihah : Catu, yuwe, yige, empat, yime, enam, yujoh, yapan, cembilan, cepuluuuhhh....(pelat kanak-kanak 
             tapi dalam nada semangat)
Aku : Pandai adik... okey, abang pulak
Amin : Kakak, Amin pulak. Satu, duwe, tige, empat, lime, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebeleh,
           (masa ni aku dah mula gelak sebab dia baca ikut loghat Perak pekat)....duwe beleh, tige beleh, empat 
           beleh, lime beleh...
Aku : Abang, apsal sebeleh plak?. Sebelas la..
Amin : Tak, cikgu Amin ajar sebeleh...
Aku : Hahahahahahaha (sambung gelak)


Kesimpulannya, itulah realiti kanan-kanak. Si adik pelat sebab mungkin dia memang susah nak menyebut perkataan atau si ibu mengajar dengan nada pelat. Si abang pula memang mengikut pengajaran guru. Jika guru membaca ikut loghat, maka loghatlah bunyinya. 


NAK TAHU TAK ! 
Kanak-kanak akan meniru apa-apa yang didengar,diajar dan dilihat. 



KANAK-KANAK PINTAR 
(AMIN & FATIHAH)

Monday, 9 April 2012

Jumaat  (6 April 2012)
Minggu 7 hari kelima

Ibarat

1.       Umpama, seperti, misal
Contoh : agama itu ibarat suatu ssuluh bagi menunjukkan jalan yang lurus dan selamat.

2.       Contoh baik yang terkandung dalam sesuatu cerita (perumpamaan dan lain-lain), pengajaran, teladan.
Contoh : Ambillah ibarat daripada cerita itu.

3.       Cerita (pantun, sajak, dan lain-lain) yang dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengtakan sesuatu maksud).
Contoh : kias ibarat bahasa berbgunga-bunga.

4.       Beribarat mengandungi ibarat
Contoh : dia gemar benar membaca cerita-cerita yang ibarat.

5.       Member pengajaran (petunjuk) dengan menggunakan ibarat.
Contoh : tuk guru itu selalu ibarat pada masa dia mengajar agama.

6.       Mengibaratkan, mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dengan yang lain).
Contoh : pada manusia seperti inilah dapat diibaratkan pepatah.

7.       Menganggap
Contoh : dia ibarat buku sebagau temannya pada waktu lapang.



Perumpamaan

Salah satu jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. 

Contoh : Bagai buntal kembung

Maksud : Bodoh dan sombong

Ayat    : Perangainya bagai buntal kembung kerana susah untuk dibawa berunding. 



SIMPULAN PERIBAHASA

Khamis (5 April 2012)
Minggu 7 hari keempat

PERIBAHASA

Maksud
Susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Contoh

PERIBAHASA
MAKSUD
Asam garam kehidupan
Pengalaman hidup manusia
Buah fikiran
Pendapat
Celik komputer
Arif, mahir atau tahu tentang komputer
Durian runtuh
Mendapat keuntungan dengan tidak disangka
Gunting makan dihujung
Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Jinak-jinak merpati
Perempuan yang tidak mudah didekati
Keras lidah
Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul


SIMPULAN BAHASA

MAKSUD
Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempuntai makna tersirat.

CONTOH

SIMPULAN BAHASA
MAKSUD
Anak gahara
Anak raja daripada permaisuri
Buruk siku
Meminta kembali sesuatu yang diberikan
Cepat tangan
Suka mencuri
Daya fikir
Kekuatan fikiran
Gila bahasa
Kurang waras fikiran