Minggu 9 Hari Keempat
Aku rajin baca blog orang lain. Tapi aku sendiri tak reti nak buat blog..apatah lagi menaip entri-entri yang menarik. Salah satu blog yang aku suka baca adalah blog Mak Jemah. Kenal tak siapa Mak Jemah?. hahahaha.. Mak Jemah yang aku maksudkan ialah Johan Raja Lawak. Johan ini apabila ditanya persoalan, pasti dijawabnya dengan jawapan yang tidak berkaitan. Contohnya:
Ada impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi?: Ada tapi memandangkan pandai sangat, lupakan terus impian tu
Impian/cita-cita yang sudah terlaksana: Kahwin
Impian yang belum terlaksana, bila nak laksanakan?: Tambah anak, dlm proses…ingat nak buat satu team bola
Adakah anda sangat teruja menjadi seorang penyampai radio?: Saya biasa je cuma Haniff dengan Ray yg teruja dapat join saya
Apa yang menarik sangat tentang seorang penyampai radio?: Saya boleh chiloq menchiloq bila Ray dan Haniff bercakap…hahaha makan hatiii la korang!
KRU atau 4U2C? (beritahu kenapa): 4U2C sebab Mak Jemah suka gelang
Hujan atau Bunkface? (beritahu kenapa): Dua-dia tak suka sebab Abg Mus adh ada band sendiri….lagi sedap okokokokokehhh
Britney Spears atau Rihanna? (beritahu kenapa): Dua-dia tak suka sbb dua-dia giler nak rebutkan I….rimasssssss
Apakah warna sarung bantal kegemaran anda?: Putih, tapi lama-lama jadi kelam lagi I sukeeeeeeeeee, siap ada bau
Sekiranya anda adalah ‘sekeping biskut’, biskut perasa apakah pilihan anda?: Biskut kering sbb I boleh berbakti pada mereka yang tak mampu…ko hadeeee?
Di manakah tempat paling best kalau nak makan malam di rumah?: Atas siling rumah! Rasa romantik sangat!
Pernah berjalan dalam tidur?: Tak pernah dan dan berminat pun!
Pernahkah anda dibuli sewaktu kecil?: Tak pernah, tapi membuli selalu… woohoooooo
Selebriti Malaysia yang manakah paling bijak berfesyen?: Johan Raja Lawak, Mas Joko suka tengok style dia yang kadang-kadang tak kena tempat tu!
Berikan satu tajuk lagu yang menjadi kegemaran anda dari dulu sehingga ke hari ini: Lagu sekolah
Bayangkan anda pulang ke rumah, buka peti sejuk, apakah benda pertama yang anda akan cari: Air la tak kan nak cari baju lak! Soalan apa yg ko bagi ni Senah? Ni yg buat Mak Jemah nak marah nih!
Anda ada berapa pasang kasut di rumah?: 1 je sebab tiap-tiap hari buang dan beli kasut baru.
Sekiranya anda terjumpa seekor orang utan, di manakah akan anda sembunyikan haiwan comel tersebut?:Simpan kat tumah ko bolen?
Apakah filem yang paling best pernah anda tonton pada tahun 2000? – Mak Jemah layan filem Johan Raja Lawak je. Suka tengok budak tu, sweet sangat! Taste uollssssss!
Sekiranya anda sebatang pokok, jenis pokok apakah anda akan jadi?: I dah pernah jadi pokok masa teater Siti di Alam Fantasi...kalau boleh nak jadi pokok tu sebab pokok tu boleh bercakap
Sudahkah anda berteman/berkahwin?: Dah le! Abeh tu bini dan anak-anak aku tu nak campak mana? Mesti ko tak baca paper kan?
Bercuti di pulau atau bermain salji?: Nak bawa family main salji je sebab pulau dah puas dan dah cukup hitam
Pernahkah anda bercakap dengan haiwan perliharaan anda?: Pernah.. sugarglider
Tahukah anda bagaimana cara untuk masak nasi goreng Pattaya? Berikan cara paling senang…ko nak pening-pening kepala watpe…beli je kan ke senang
Primadona Melayu paling anda kagumi: Saloma
Hero filem Melayu yang paling gagah pernah anda minati: Malek Noor (filem Sahabat)
Perkara yang pasti membuatkan anda tersenyum sendirian?: Main dengan anak-anak
Namakan satu tabiat buruk kawan baik anda yang nak sangat anda betulkan: Ray dan Haniff (berebut nak bercakap)
Perkara paling sweet tentang kawan baik anda: Cover line cemerlang
Lagu paling suka anda dengar di ERA fm: Aiii aiiii aiiiisheteruuuu!
kredit kepada blog ERA
NAK TAHU TAK !
Ada pendapat mengatakan apabila seseorang bertanya kepada kita, kita menjawab dengan soalan akan dianggap sebagai seorang yang kreatif. =)
No comments:
Post a Comment