Isnin (2 April 2012)
Minggu 7 hari pertama
Bunga-bunga bahasa dan bahasa kiasan atau istilah Inggerisnya idiom meupakan ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun susunan tatabahasa.Bentuk-bentuk kiasan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada peribahasa, perumpamaan, simpulan, pepatah,bidalan, metafora,personafikasi dan hiperbola.
Penggunaan peribahasa di kalangan masyarakat Melayu khususnya, untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan dan halus.
i. Bidalan
Definisi : Kata-kata yang sering kali disebut, dan yang mengandungi nasihat, peringatan
dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat : 181)
Contoh : Ada udang disebalik batu
Maksud : Ada tujuan lain ata sebaliknya
Ayat : Lelaki itu ada udang disebalik batu dengan menyuruh anaknya meminta
menjual tisu kepada orang ramai.
ii. Pepatah-petitih
Definisi : Peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-
tua dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat : 1176)
Contoh : Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Maksud : Tidak mendengar nasihat.
Ayat : Kini dia tidak membuat tugasan kerana semasa pensyarah member arahan dia
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
iii. Kata-kata pujangga
Definisi : Kata-kata pengarangan sajak (syair dll) yang agung dan tinggi mutunya. (Kamus
Dewan Edisi Keempat : 1242)
Contoh : Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu
alam yang besar -Saidina Ali Abi Talib r.a-
Maksud : Potensi diri
No comments:
Post a Comment