Minggu 8 Hari Pertama
Semalam aku sempat singgah ke rumah mak cik (Alang) di Behrang Station sebelum pulang ke UPSI. Memang jadi kelaziman bagi aku dan keluarga untuk singgah rumah Alang jika pulang atau pergi ke UPSI. Tidak jemu kami ke sana kerana anak-anak Alang yang banyak keletah dan menghiburkan. Anak Alang ada dua orang, Muhammad Amin, 6 tahun, dan Siti Nurfatihah, 3 tahun.
Sebelum pergi ke rumah Alang, aku ada membeli permainan untuk mereka. Untuk Amin, aku belikan 3D
jigsaw puzzle
dan untuk Fatihah jigsaw puzzle number.
Punyalah gembira dan semangatnya mereka bermain. Kadang-kadang berebut juga, abang nak mainan adik dan adik pula nak mainan si abang.
Selepas berjaya selesaikan puzzle, aku menyuruh si adik (Fatihah) untuk membaca nombor-nombor tersebut.
Aku : Adik, meh baca nombor-nombor ni.
Fatihah : Catu, yuwe, yige, empat, yime, enam, yujoh, yapan, cembilan, cepuluuuhhh....(pelat kanak-kanak
tapi dalam nada semangat)
Aku : Pandai adik... okey, abang pulak
Amin : Kakak, Amin pulak. Satu, duwe, tige, empat, lime, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebeleh,
(masa ni aku dah mula gelak sebab dia baca ikut loghat Perak pekat)....duwe beleh, tige beleh, empat
beleh, lime beleh...
Aku : Abang, apsal sebeleh plak?. Sebelas la..
Amin : Tak, cikgu Amin ajar sebeleh...
Aku : Hahahahahahaha (sambung gelak)
Kesimpulannya, itulah realiti kanan-kanak. Si adik pelat sebab mungkin dia memang susah nak menyebut perkataan atau si ibu mengajar dengan nada pelat. Si abang pula memang mengikut pengajaran guru. Jika guru membaca ikut loghat, maka loghatlah bunyinya.
NAK TAHU TAK !
Kanak-kanak akan meniru apa-apa yang didengar,diajar dan dilihat.
KANAK-KANAK PINTAR
(AMIN & FATIHAH)
No comments:
Post a Comment