Khamis (5 April 2012)
Minggu 7 hari keempat
PERIBAHASA
Maksud
Susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Contoh
| PERIBAHASA | MAKSUD |
| Asam garam kehidupan | Pengalaman hidup manusia |
| Buah fikiran | Pendapat |
| Celik komputer | Arif, mahir atau tahu tentang komputer |
| Durian runtuh | Mendapat keuntungan dengan tidak disangka |
| Gunting makan dihujung | Mencapai sesuatu dengan diam-diam |
| Jinak-jinak merpati | Perempuan yang tidak mudah didekati |
| Keras lidah | Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul |
(sumber)
SIMPULAN BAHASA
MAKSUD
Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempuntai makna tersirat.
CONTOH
| SIMPULAN BAHASA | MAKSUD |
| Anak gahara | Anak raja daripada permaisuri |
| Buruk siku | Meminta kembali sesuatu yang diberikan |
| Cepat tangan | Suka mencuri |
| Daya fikir | Kekuatan fikiran |
| Gila bahasa | Kurang waras fikiran |
(sumber)
No comments:
Post a Comment